Monday, July 11, 2011

Ini Bukan Cinta. Ini Jodoh!

Assalamualaikum people,

Cerita ni aku rasa sangat comel bagi aku masa aku sekolah rendah dulu. Masa tu tahun 2000, masa aku darjah 2. Aku baru pindah sekolah. darjah satu aku sekolah kat KL. Darjah dua ayah aku pindahkan aku kat sekolah 'Sekolah Kebangsaan Ampang'. Masuk situ aku dimasukkan dalam kelas 2 Gigih. Kelas nombor 3. =(


Haa aku boleh kata aku ni agak hotstuff jugak lah masa tu. Haha, betul lah. Aku aktif gila dengan aktiviti sekolah. Aku masuk pasukan Boria lagi tau. hehe. Masa tu pasukan Boria sekolah tu memang tengah femes. Aku diserap masuk pun sebab ada senior ni tarik aku masuk. Dalam kelas 2 Gigih aku sorang je masuk Boria *bangga


Tu lah bebudak kelas aku menjeling je sebab aku rapat dengan kakak senior. Dorang semua kecut je nak kacau aku. Hotstuff kan. Time tu hotstuff comel lah kan. hehe. Aku suka sangat ikat rambut camni.


Ni bukan aku. Ni gamba curi dari google. Tapi aku lebih kurang cenggini la. comel kan.


Tapi dalam kelas tu aku duduk sebelah budak nerd! Like a serious NERD. Perkenalkan nama dia Zahiril Adzim. Kenapa aku cakap dia nerd? sebab dia macam bukan budak darjah dua pon. Macam budak tadika je ow *bajet dah matang sangat aku masa tu. Hingus dia selalu meleleh. eewww nape dia tak reti lap ingus sendiri. Setiap kali mesti cikgu yang kena lapkan untuk dia. Cakap pun tersangkut-sangkut. Apa apa hal pun mesti dia diberi special attention oleh cikgu. Tak aci ow. hmmph. Tapi sebab aku innocent kan time tu, sedengki dengki aku dengan dia pon, aku tolong gak dia. Aku yang duduk sebeleh dia kena lah bertanggungjawab jaga dia. tak pasal pasal. =,="


Aku takde lah tolong lapkan ingus dia. eewww. Aku masih ingat peristiwa ni. tak boleh lupa sampai sekarang. Masa tu tengah belajar BM. Cikgu suruh bukak buku teks. Siapa lah yang rajin sangat bawak buku teks BM? Guna ke? Hampir setengah kelas tak bawak buku. Zahiril pon tak bawak. Eh, aku bawak lah! Sapa kata aku tak bawak? Aku rajin gila ok.


Jadi sesiapa yang tak bawak tu kena lah share. Aku pun share lah dengan si dia. Aku letak buku teks kat tengah tengah pastu aku tarik kerusi kasik rapat sikit dengan dia. Ehem. Disebabkan buku teks tu banyak sangat tulisan berjela jela karangan nye, pening pulak dengar cikgu baca. Dah line mana dah ni? Pastu sebok nak fikir si Zahiril tu lagi. Kena jaga jaga. kang kena ingus dia kang. eewww.



Aku pun keluarkan lah pembaris limaposen daripada pencil box barbie aku. pastu letak kat line yang cikgu tengah baca. Senang lah sikit. Mula mula aku yang handle pembaris tu. Lama lama aku dah penat dia pulak yang handle. Gentlemen kau. tak sangka. huhu.


Selepas setahun berlalu. Aku pindah ke kelas 3 Zuhrah. Kelas nombor dua. Dah pandai sikit ni. hihi. Aku dah tak selalu jumpa dengann Zahiril lagi. Entah kenapa aku dapat merasakan freedom. Pada suatu hari semasa selepas rehat, tiba-tiba aku bertembung dengan Zahiril. Aku dan dia. takda orang lain masa tu. Pelik. mana pergi semua orang? Dia tegur aku dulu. Aku pun buat buat senyum tak ikhlas pandang dia.

"Emm, ni. Awak punya. Kita terlupa nak pulang"

"owh"

Dengan muka berkerut seribu. Apa motif dia bagi aku ni..? Dia bagi aku, pembaris?! Lepas penat lelah fikir baru aku teringat. Masa kita orang share buku tu, dia terlupa nak bagi balik pembaris aku tu. haha. Tapi masalah nya sekarang ni. Dah setahun berlalu!! Baru nak pulang balik?! haihh sumpah kelakar. Dia simpan pembaris tu elok elok, tu yang tak tahan. Kenapa dia pulang balik? Dia rasa bersalah ke? Pembaris limaposen je kot. erk..


Itulah kali terakhir aku jumpa dan bercakap dengan dia.



eyh cerita dah habis ke?? hehe tak lah. belum lagi.. Nak dijadikan cerita, Setelah tujuh tahun berlalu, masa aku Form3, masa nak PMR aku sebok pergi tusyen. Tempat tusyen tu dekat je dengan rumah aku. Boleh jalan kaki je. Dalam kelas tu ada lebih kurang 15 orang je. Semua duduk dekat dekat situ jugak. Memang meriah tusyen aku ni. Sekali satu hari tup tup ada pelajar baru join tusyen kitorang.


Seorang pemuda yang sangat tinggi lampai. Muka putih bersih. Mata sepet. senyum tak lekang kat pipi. Dalam hati aku, hensem jugak mamat nih. Namanya Zahiril Adzim. MasyaAllah, macam mana dia boleh transform cenggitu sekali. haha Adakah ini dinamakan jodoh?


Dia dah tak macam dulu lagi. Zaman hingusan dah berlalu. Dia dah takde hingus dah. haha. Memang dah berubah sangat. Dia sangat ceria dan peramah. Masih gentlemen. Ehem. Obviously, aku orang pertama yang dia tegur. Start daripada haritu, aku makin suka pergi tusyen. Siap nak tambah kelas lagi, semata mata nak jumpa dengan Zahiril. Di situ lah juga aku baru tahu, rumah kitorang dekat je rupanya. Kami berjiran! memang takleh bla. Since then, balik tushen mesti jalan sesame. Masa tengah sebok buat kerja pulak, ada ke patut dia curi-curi ambik gamba aku. eyh, nak ambik gamba cakap je la. ish. Dia layan aku dengan baik. Mungkinkah dia terharu aku selalu jaga dia masa darjah dua dulu? hmm.

Ok dah.

Itulah kisah comel aku. Sekarang dah tak comel sangat.
Eh, apa jadi lepas tu?
Tak jadi apa-apa pun.
Sekarang dah lost contact balik.


Terima kasih sudi baca, sekian.



*Nama berkenaan takda kena mengena antara hidup atau mati


22 comments:

Rafidah Farhana said...

Hahaha, sangat comel okay ! Semoga jodoh kamu berdua kuat :D

Mior Syabab said...

ngekk,tak boleh lawak lagi ke? penat aku makan tadi kluar balek sbb entry kau nih. aku nak gelak lagi. HAHAHAHAHAHA..:DDD

p/s: tu blom jodoh,tu bru kbetulan..klu dah kawen bru jodoh :)

A'an said...

Rafidah Farhana : takde makna nye lah. hehe.

Mior : haha kelaka ek? ahahaha. owh. jodoh tu kasi nak buat gempak sikit cite ni. heheh..

rahimah said...

sape zahiril adzim sgt tu.hishhhhh=.=

curi2 amek gamba lagi ..hahahaha

muaz syamil azizan said...

piwwit, comel je korang haha. tapi korang dah tua dah, dah tak comel

A'an said...

Kak Mah : Zahiril lah. nape hishh? hahaha..

tulah pasal. suka2 je amek gmba org.. rasa nak tembak je dia..

A'an said...

Muaz : tulah. kena terima kenyataan. dah tak comel daa..

Kucing Serius. said...

Alaaaa cerita bestttt! Tapi potong stim laaa takde ending storyy. Ahaha. Apa apa pun,like!

Pasni sambung weh! Aku tunggu! :D

Adibah Jumali said...

sweet nye ;))

Anonymous said...

well, aku mmg tak sehebat kau dalam menulis. sobsob.

anyway, aku tak on fb dah. dah deactive. so leave ur komen at my blog and twitter okay =D

A'an said...

Kucin : waaaa, camna nak sambung ni??? haha..

Adibah : hehe sweet kan!

A'an said...

Aien Ishak : laa nape deactivate? Aku hebat? ni idea datang masa da nak tido kot..

Nur Sulastri said...

okay, sweet cerite ni ye ! haha, keep on writing dear :)

A'an said...

hehe thank you!! :D

a said...

sgt2 cumey dear.. insyaAllah, klu ada jodoh tak kemana..=)

A'an said...

Bluewendy : InsyaAllah lah kan..

CXopportunities said...

hahah seronoklah cerita ni. kih3. good job! =)singgah sat jom. =)

A'an said...

cx's : hehe saya pun seronok.. :P

Mior Syabab said...

weh Raihan,bru aku prasan. tu gambar kau paling comel ke? hehe

*serius nak tye ni..hehe

A'an said...

Mior : haha itu comel? entah. :P

Mior Syabab said...

bolela,lagi comel dr aku. jeles kott. haha

A'an said...

Kau sememangnye x brape comel pun. :PPP